06 Mei, 2008

kisah dan teladan

Malam ni ada kelas ganti untuk paper falsafah bahasa melayu kat dk c-1.semalam dah kelas ni,malam ni kelas ganti untuk wesak ni.ingat boleh rehat malam ni tapi memandangkan aku perlu score mark untuk paper ni kena mai la juga.mid-term hari tu aku nyawa2 ikan je.biasa la jujur la katakan.
pagi tadi masa hantar mama,aku layan hot.fm.tajuk dia 'dulu dan sekarang'.tajuk ni membincangkan tentang perubahan kawan2 masa sekolah dulu dan apa yang berlaku pada mereka sekarang.ada pemanggil yang mengatakan mereka tidak sangka akan perubahan yang dialami kawan2 mereka terutamanya jika kawan2 mereka itu mempunyai kekurangan atau tidak begitu menyerlah masa sekolah.dalam erti kata lain mereka yang dikatakan tidak begitu cerdik itu sekarang ini berjaya dalam hidup.
moralnya,jangan memandang rendah keupayaan orang lain kerana apa yang berlaku sekarang tidak semestinya akan terus begitu.mungkin nasibnya akan lebih baik pada masa akan datang.
meminjam kata2 keramat raja lawak 2,nabil "LU PIKIR LA SENDIRI".

Tiada ulasan: