07 Mei, 2008

balik lewat

ngantuknya..................................kelas dah habis.lepas rehat ada KT.Petang ni ada ko-kurikulum pulak.Balik kelas semalam pula kereta Jimi buat hal.Bukan keretanya tapi kunci keretanya patah.dah satu hal pulak kena phone member datang hantar kunci spare.dekat sejam lebih la juga aku ngan dia duduk depan dewan kuliah tu.lepas tu minum jap kat pandan mewah tu.kejap2 pun kat pukul 1 la juga.dah la mama tunggu aku nak makan.maklumlah mama dah masak kena la hargai sikit.sanggup balik makan sama-sama.
kelas falsafah,dr ahmad musanif semalam banyak mengajar aku tentang erti kehidupan.beliau banyak menyentuh tentang nilai2 kehidupan dan perlunya kita berfikir,merenung tentang apa sahaja yang kita buat.apa yang diterangkan itu merupakan apa yang kita lalui cuma antara kita sedar atau tidak menyedarinya.
lantas aku teringat pada anak2 aku apabila dr menyebut tentang ayahnya walau pun tidak mempunyai taraf pendidikan yang tinggi tetapi mempunyai perancangan yang baik untuk masa depan anak2nya.itu pun disedari setelah usia semakin bertambah.aku pun terfikir........adakah aku telah melakukan yang terbaik untuk mereka yang aku sayangi?
lebih2 lagi sewaktu minum kat pandan mewah semalam aku dapat menyaksikan sebilangan budak2 perempuan yang masih lagi bersama kawan2nya,bergelak gembira,seolah-olah tiada pengawasan.cuba fikirkan.....hampir pukul 1 pagi,apa yang masih dibincangkan oleh mereka?adakah mereka sudah berjaya dalam hidup?dari segi gaya dan bentuk fizikal tubuh badan aku rasakan mereka masih lagi seorang pelajar.itu belum dilihat dari segi pemakaian mereka.agak2nya kalau nenek kita kat kampung tengok mungkin pengsan.mungkin dunia sudah berubah............

Tiada ulasan: