15 Mei, 2008

selamat hari guru

assalamualaikum.................
selamat hari guru kepada semua guru di malaysia terutamanya semua kawan2 aku,juga kepada ipar2 aku,abg zamri,kak al,kakteh,kak jihah,alang,abg imi.esok sekolah aku adakan sambutan hari guru,ada la beberapa aktiviti esok....
mlm ni kelas puisi melayu.ada dua lagi tugasan aku tak siapkan,cerpen ngan multimedia.minggu ni siap la.kebanyakan dia orang semua dah siap.aku mcm biasa la.
adam pula ada kat kg.adik wani pun sama.borinhnya rasa,sunyi je rasa rumah aku.bila mama dia telefon,terus je adam cakap apa yang dia buat,makan apa dan tanya mama ngan ayah kat mana.mungkin dia pun rindu juga kot.ini membuatkan aku sedar yang aku amat menyayangi mereka.aku rasakan tak sanggup untuk berjauahan lama2 ngan anak2 aku,lebih2 lagi bila teringat telatah dan gelagat mereka.
hari ni kat sekolah penat sikit,kelas tak penuh tapi dapat relief.nasib baik ada peperiksaan.hari ni dalam paper ada melaporkan yang ada ahli parlimen bn ditawarkan sejumlah wang utk menyertai pembangkang.betul juga apa yang dikatakannya itu.mereka ingin membentuk kerajaan yang bersih dari rasuah tetapi mereka menawarkan wang dan jawatan.itu pun satu bentuk rasuah.entahlah,sebab dalam politik segala macam benda boleh berlaku.kuasa dan wang boleh mengubah seseorang individu.kita mungkin boleh menghadapi ujian ketika susah tetapi belum pasti dpt menghadapi ujian ketika senang.fikirlah............

Tiada ulasan: