09 Mei, 2008

catatan hari ini

assalamualaikum semua,
minggu ni memang memenatkan.kuliah ,sekolah dan juga assigment.semalam je aku baru menyiapkan tugasan dr.samsina iaitu sajak.aku berjaya juga menyiapkan sajak tu.dah hantar pun.semua sajak tu asli.penat la jugak nak mencari idea.ada la juga sajak yang menyentuh perasaan masa muda2 dulu.tu yang buat mama 'jeles' tu....takde apa la mama......
soalan periksa dah siap cuma nak kena hantar kat midon je,untuk semakan.
minggu ni aku kena pergi buat kerja amal untuk assigment multimedia.kumpulan aku kena hasilkan satu klip video tentang apa yang kami lakukan itu....nampaknya gayanya tak dapat balik tampin lagilah minggu ni.sabtu nanti aku kena jadi hakim kat sekolah ustaz razali.bukan hakim apa pun,pertandingan mewarna je...
kat sekolah pula macam biasa la....rutin harian,cuma sebagai kumpulan yang bertugas tumpuan tu lebih la sikit.yang bestnya kat sekolah ini,murid2 nya tidaklah terlalu nakal.budak2 biasalah.cuma mereka ini memerlukan bimbingan dan dorongan yang berterusan.ye la,budak2kan ada potensi diri masing2

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

sori ayah... tak salahkan kalu jealous sikit...cemburu tu tandanya sayang.... love you